Awak,
Sebelum sy menghilangkan diri dari dunia awak, saya ingin menyatakan sesuatu, yang tidak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya kepada saya, sedalam mana saya CINTAKAN awak, inilah jawapan saya:
'Kalau suatu hari awak kehilangan suara,saya akan memberikan suara saya agar awak dapat bersuara semula. Meskipun waktu itu saya akan BISU buat selamanya..
'Dan kalau suatu hari awak kehilangan hati, saya akan memberikan hati saya agar awk dapat hidup untuk selama-lamanya, meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia ini (awak x pernah tahu)..
Awak,
Kerana saya sayang kan awak lah saya membiarkan awak pergi, demi kebahagiaan awak, meskipun hati saya tidak rela kehilangan awak. Saya berdoa supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa yang awk cari. Supaya suatu hari nanti awak akan dapat memahami apa erti SAYANG yang sebenar. Supaya suatu hari nanti awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya TERLALU MENYAYANGI seseorang dan semoga awk tak akan pernah TERLEWAT untuk menghargainya..
Awak,
Saya percaya pada tuhan yang mempertemukan kita, saya tahu ada hikmah di sebalik semua ini dan saya tidak akan menyoal. Saya juga tidak pernah kesal, sekurang-kurangnya sepanjang saya mengenali awak, awak pernah membahagiakan diri saya.. Meskipun awak terpaksa pergi atas sebab-sebab tertentu, saya terpaksa merelakannya demi kebahagian awak..
Saya juga percaya,andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali pada saya. Mungkin ini adalah harapan saya, tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan tuhan dan kalaupun awak tidak akan pernah kembali pada saya, saya percaya mesti ada insan yang lebih baik dari saya..
Kita hidup sekali, menyintai sekali dan mati sekali..
Membiarkan awak pergi, telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada. Walaubagaimanapun, awak tetap di hati saya :'(